Saturday, May 29, 2010

AKAN DATANG........



Kepada mahasiswa/wi baru, Pengajian Islam & Perubatan, nantikan " Perkhemahan Musim Panas " pada bulan Julai nanti, selama 2 hari 1 malam. " Kemantapan Fikrah, Membina syakhsiah ".
(Diambil dari laman rasmi pmram....pmram.org)


Wednesday, May 19, 2010

Salam Imtihan ( Fasa 2 ) 2010

Bismillah + Alhamdulillah,,,
Peperiksaan dah dekat. Saya dan kawan-kawan sibuk buat persiapan untuk peperiksaan.
( 31 Mei 2010, periksa bermula-Fakulti Bahasa Arab Tahun 2 )
Doa dari ibu & ayah, serta rakan-rakan yang lain, iringi perjuangan kami ini.
Amin Ya Rabb.

Saturday, April 10, 2010

PILIHANRAYA PMRAM 2010 : TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA.

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini, 10 April 2010, bersamaan dengan 25 Rabi'ulakhir 1431 Hijrah, merupakan hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ). Hari ini juga merupakan hari penuh bersejarah bagi PMRAM kerana buat pertama kalinya, setelah lebih 18 tahun lamanya, PMRAM berjaya mengadakan pilihanraya bagi memilih calon-calon Badan Pengurus PMRAM untuk sesi 2010. Tahniah kita ucapkan kepada PMRAM. Moga persatuan ini, setelah hampir 80 tahun ianya gah berdiri di Perlembahan Nil, dapat dipertahankan dan didokongi oleh semua ahli PMRAM. Beramal dan bekerja bersama PMRAM untuk ISLAM. SATU FIKRAH, SATU AMAL. KITA PMRAM.!!!

Thursday, January 7, 2010

SALAM IMTIHAN 2010


Assalamualaikum.Alhamdulillah.Sudah lama rasanya blog ini tidak diupdate. Mungkin disebabkan kesibukan penulis sebagai menghadapi imtihan untuk semester yang pertama ini. Atau mungkin blog ini perlu ditutup terus? Hmm. Mungkin masih banyak kekurangan yang dirasakan perlu diperbaiki atau ditambah baik. Insya Allah cuba sedaya upaya untuk belajar menjadi seorang penulis. Apapun, di ruang masa yang agak terbatas ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Semester Satu (1) tahun 2009/2010 kepada semua warga mahasiswa kampus universiti di Mesir samada Pengajian Islam mahupun Perubatan. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah. Teruskan perjuangan mencari khazanah ilmu di Perlembahan Nil ini. Doa mohon dipermudahkan segala perkara.Insya Allah.

Jadual Peperiksaan Semester Satu(1) 2009/2010(Tahun 2), Fakulti Bahasa Arab(Am), Kampus Hussein, Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

18 Januari 2010 - Bahasa Inggeris
21 Januari 2010 - Tarikh Al Adab Al ‘Arabi
28 Januari 2010 - Al Ma’ajim Al Lughowiyah
1 Februari 2010 - Fiqh Al Mua’amalat

*Doakan kejayaan bersama. Ibu, ayah doakan along.Amin

Tuesday, December 1, 2009

MITOS DAN PENIPUAN

TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN


Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.

Nota:
Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.

Thursday, November 26, 2009

Mauqif BKASM terhadap Program Aidiladha KBMK dan JPMK

Baca mauqif BKASM berkenaan Program Aidiladha anjuran KBMK & JPMK.
Sumber : www.bkasm.org

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kepada : Seluruh Ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.

PER : KENYATAAN RASMI BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR TERHADAP PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) DAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK)

Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2009/2010 telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 November 2009 bagi membincangkan isu di atas. Keputusannya, seluruh Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM SEBULAT SUARA BERSETUJU BAHAWA BKASM TIDAK AKAN BEKERJASAMA TERHADAP PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KBMK DAN JPMK yang akan diadakan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 di Dataran Hayyu ‘Asyir.

Hal ini adalah disebabkan pihak BKASM memohon agar isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM dapat diselesaikan terlebih dahulu dengan baik antara pihak JPMK dan seluruh mahasiswa Malaysia di Republik Arab Mesir. Pegawai HEP Selangor di Mesir, En. Abdul Halim Saljadi menghormati keputusan yang telah disepakati oleh AJKT BKASM dalam mesyuarat tersebut.

Pihak BKASM berharap agar seluruh ahli dapat MEMBERIKAN PERHATIAN yang sewajarnya terhadap kenyataan ini. Segala kerjasama dan tindakan yang diberikan adalah dihargai dan didahului dengan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU DAN BERBAKTI”

"JULANG DAKWAH, PERKASA UKHUWAH, LESTARI UMMAH"

Thursday, November 5, 2009

SYEIKH AHMAD DEEDAT

Assalamualaikum, jom kita baca sedikit profail mengenai Syeikh Ahmad Deedat.

LATAR BELAKANG :
>Syeikh Ahmad Deedat dilahirkan pada tahun 1918, di Bandar Sirat India. Kemudian, beberapa lama selepas kelahiran beliau, bapanya berhijrah ke Afrika Selatan. Ibu beliau meninggal dunia ketika beliau berusia 9 tahun.
>Syeikh Ahmad Deedat merupakan seorang pelajar yang cemerlang semasa di zaman sekolahnya dahulu. Beliau begitu cekap dalam pelajarannya mengatasi rakan-rakan sebayanya walaupun berbeza bahasa.
>Atas sebab kemiskinan keluarga, maka Syeikh Ahmad Deedat terpaksa meninggalkan sekolah peringkat pertengahan untuk mencari sumber rezeki bagi membantu keluarganya .
>Pada tahun 1936, Syeikh Ahmad Deedat bekerja di sebuah kedai milik orang Islam yang terletak di kawasan yang jauh di persisiran pantai selatan daerah Natal yang mana ketika itu beliau berusia 18 tahun.

KETOKOHAN :
>Semasa bekerja di kedai tersebut, yang besebelahan dengan tempat missionnari Krisitian banyak kisah yang berlaku kepada Syeikh Ahmad Deedat.
>Pelajar-pelajar missionnari tersebut selalu datang ke tempat beliau bekerja dan selalu melontarkan penghinaan kepada Nabi S.A.W. Ketika itu Syeikh Ahmad berkata , “Ketika itu saya belum memahami apa-apa berkenaan perkara yang mereka katakan. Yang saya tahu hanyalah saya seorang muslim. Nama saya Ahmed. Saya solat sebagaimana saya melihat bapa saya solat. Saya berpuasa sebagaimana dia lakukan, saya tidak memakan daging babi dan tidak minum arak, dan saya mengucapkan Syahadah – laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah.
>Syeikh Ahmad Deedat merupakan seorang yang kuat dan rajin membaca. Keinginannya yang semulajadi itu, membuatkan beliau begitu bersungguh untuk meneroka serta mencari jawapan bagaimana untuk menjawab tuduhan dan rekaan para pendakyah Kristian di India ketika itu yang mana orang-orang Islam pada pandangan mereka begitu merbahaya kepada golongan Kristian. Maka oleh itu, mereka mengkristiankan orang-orang Islam dengan menanam fikrah “Barang siapa memukul peha kanan kamu, maka berilah dia peha kiri kamu “. Buku yang menjadi rujukan atau pembacaan beliau ialah buku yang bertajuk “ Revealed Truth ”. Ia menerangkan teknik, uslub dan kemahiran tertentu. Ia menjelaskan cara memulakan perbincangan, cara melontarkan soalan, dan uslub menjawab ketika berdebat dengan pendakyah Kristian.
>Syeikh Ahmad juga banyak membaca serta mengkaji pelbagai versi kitab-kitab Bible, memahami serta membuat perbandingan antara kitab-kitab Bible yang dibacanya. Tujuannya adalah untuk beliau berbahas dengan pelajar-pelajar serta pendakyah Kristian berkaitan tentang Bible. Sedikit demi sedikit minat dan sikap ambil tahu ini berubah sebagai satu peranan yang jelas untuk berdakwah. Beliau telah melalui beberapa siri atau pusingan perdebatan dan telah berjaya menyampaikan beratus-ratus ceramah dan debat dengan beberapa Bishop, selama 3 dekad.
>2 orang tokoh yang turut bersama-sama dengan Syeikh Ahmad Deedat ialah Ghulam Hasan Fanka , seorang pemuda daripada Afrika Selatan, berkelulusan Leasons dalam Perundangan dan seorang lagi bernama Salleh Mohamad yang berasal daripada Cape Town. Syeikh Ahmad dan Ghulam telah mengasaskan “ Maktab Dakwah ” di sebuah apartmen sederhana di Bandar Durban dan dari situ beliau bersama-sama Ghulam menjalankan siri-siri perdebatan dengan golongan Kristian. Manakala Salleh Mohamad juga bersama-sama dengan Syeikh Ahmad Deedat menjalankan perdebatan bersama Bishop di Bandar Cape Town.
>Syeikh Ahmad Deedat menjelajah ke seluruh negara bersama rakan jalanannya. Program-program debat beliau telah menimbulkan keresahan di kalangan gereja dan di dalam masyarakat seluruhnya. Ianya menggoncang kefahaman dan kepercayaan yang sebelum ini telah teguh dan dianggap suci serta dapat mengubahnya. Berlaku kekosongan di dalam gereja selepas beratus-ratus orang berpindah kepada agama Islam dengan kehendak mereka sendiri kesan dari menghadiri program debat atau selepas melawat beliau di Maktab yang telah bertukar menjadi sebuah forum bagi para pelawat dan tetamu dari semua tempat.
>Dari Afrika Selatan, Syeikh Ahmad Deedat keluar ke dunia dalam sebuah program debat antarabangsa tahun 1977 di dewan Albert Holl, London.
>Beliau berdebat dengan tokoh-tokoh agama Kristian yang hebat seperti: Clark-Jimi, Swejert-Anise Shrosh dan lain-lain. Perdebatan beliau telah bergema di barat dan gemanya masih kedengaran sehingga ke hari ini. Perbincangan beliau berkaitan percanggahan yang wujud di antara empat versi kitab Bible telah menyebabkan gereja dan pusat-pusat pengajiannya serta universiti-universiti di barat mewujudkan satu bahagian khas untuk berdebat dengan Deedat serta mencatatnya dan meletakkannya di dalam kajian khusus untuk mematahkan hujah beliau, dan menghalang penyebarannya.

KARYA & JASA :
>Mengasaskan Institut Salam untuk melatih para pendakwah, dan Pusat Antarabangsa Dakwah Islamiyah di Bandar (Durban), Afrika Selatan.
>Mengarang beberapa buah buku antaranya :
*The Choice (Pilihan) dalam beberapa siri.
*Adakah Bible wahyu Allah?
*Al-Quran Mukjizat Terunggul.
*Isa Dalam Islam
*Arab dan Israel, Pertembungan atau Persefahaman.
*Persoalan Penyaliban Isa.
>Beliau diberikan anugerah Al Malik Faisal Antarabangsa tahun 1986 sebagai menghargai sumbangan besarnya dan diberi pangkat “ Ustaz ”.

DETIK TERAKHIR :
>Pada 1996, Syeikh Ahmad Deedat mengalami lumpuh sekaligus membantutkan pergerakan beliau untuk menjalankan kerja-kerja dakwahnya. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat Syeikh Ahmad Deedat untuk berdakwah.
>Beliau tidak terhenti sedikit pun dari bedakwah malah beliau menggunakan pergerakan isyarat kedua-dua matanya dan meneruskan perbincangan bersama pelawat-pelawatnya dan orang yang mendampinginya.
>Malah orang-orang yang berdialog dengan beliau menggunakan sejenis bahasa khas yang menyerupai sistem computer. Syeikh akan menggerakkan kelopak matanya dengan cepat mengikut jadual abjad dan memilih huruf, lalu menjadi perkataan, lalu menjadi ayat, dan ayat-ayat ini diterjemahkan pula oleh anak beliau Yusuf yang sentiasa berada di samping beliau .
>Sehinggalah hampir waktu ajalnya, Syeikh Ahmad Deedat masih lagi menulis dan berjaya menulis hampir 500 pucuk surat dan beliau tidak berhenti berdakwah sehinggalah ajal menemui beliau dalam keadaaan sebagai seorang pejuang, pendakwah dan seorang yang sabar.
>Syeikh Ahmad Deedat meninggal dunia pada tanggal 8 Ogos 2005 bersamaan dengan hari Isnin. Umat Islam telah kehilangan mutiara berharga, seorang ulama’ yang begitu gigih berdakwah sehingga akhir hayat beliau. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan tempatkan beliau di kalangan golongan syuhada’ , para anbiya’, solihin dan siddiqin.
AL- FATIHAH.